Tabung KKTNS

Sunday, October 2, 2011

Sejarah Kolej Komuniti Tampin & Program yang Ditawarkan

Kolej Komuniti Tampin adalah salah sebuah dari institusi pendidikan awam di bawah pentadbiran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Kolej ini telah memulakan operasi pada 1 Julai 2009 di Gemencheh, Negeri Sembilan. Pada awalnya kolej ini menawarkan dua kursus sepenuh masa iaitu Sijil Teknologi Akuakultur dan Sijil Kecantikan dan Dandanan Rambut. Pada 14 Julai 2010 Program Pengukuhan Kolej Komuniti telah di laksanakan maka tergarislah beberapa pembaharuan di mana Sijil sepenuh Masa telah ditukar pada Sijil Modular Kebangsaan bagi memperbanyakkan program kemahiran selaras dengan moto baru jabatan Pengajian Kolej Komuniti “PENERAJU KOMUNITI BERILMU DAN BERKEMAHIRAN”.
Selain daripada itu Kolej Komuniti Tampin juga menawarkan Kursus Pendek dibawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi komuniti sekitar daerah Tampin. Ini bagi membantu komuniti setempat meningkat kemahiran, taraf hidupkualiti kerja  dalam sesuatu bidang yang berkaitan melalui kursus, bengkel dan latihan yang diberikan.

















1 comment:

  1. rindu KK Tampin.. saat bermula bersama... kini tinggal kenangan sahaja...

    ReplyDelete