Tabung KKTNS

Wednesday, October 5, 2011

Bercakap Dengan Jin..Siri 2


Sambungan...

Alhamdulillah sehingga ke siang hari, tiada sebarang masalah terjadi. Cuma manja meracau bercakap sesuatu yang merapu sambil mata terpejam dan berada dalam keadaan merangkak menimbulkan sedikit ketakutan dikalangan rakan yang lain. Seperti biasa kelas dijalankan Cuma pada jam 11 pagi kerja2 mengemas selepas majlis jamuan raya dan pertandingan INOREKA semalam, manja turut serta membantu mengemas bersama dan tidak lagi menyendiri seperti sebelumnya.


Malahan, semasa taklimat isu displin pelajar pada jam 4 petang, manja mula bercakap dan bergurau senda dengan pelajar lain dan sedikit kelegaan di hati yang manja telah kembali beransur pulih sedikit demi sedikit. Pada sebelah mlmnya, pada waktu magrib manja bersama pelajar serumah membacakan yassin dan alhamdulillah sehingga siangnya tiada sebarang gangguan melainkan sedikit meracau seperti mlm kedua.


Namun itu menjadi petanda kepada isu lebih besar yang berlaku pada malam ketiga.


MALAM KETIGA

Pada jam 730 mlm, kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah. Pada ketika itu aku sedang menguruskan baju untuk dibasuh. Pintu rumah dibuka dan kelibat 2 rakan serumah manja dengan muka cemas. Manja dh mula dimasuki mende tue dan sedang berbaring sambil memegang pagar rumah mereka meminta dilepaskan untuk berjumpa dengan mende tersebut.


Mendengar berita tersebut, aku meminta supaya mencari ustaz dari tahfiz atau ustaz yang pernah dtg mengajar cara penyembelihan secara islam untuk beriktiar dan aku akan dtg selepas mandi dan solat magrib.


Selepas solat, aku terus pi ke rumah manja yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah aku.  Kelibat manja dilihat terbaring sambil memegang pagar rumah dan dikelilingi oleh rakan serumah untuk mengelakkan manja keluar dari rumah. Aku terus merapati manja duduk di hadapan dia (diluar pagar) untuk melihat lebih dekat apa yang berlaku untuk memastikan samada benar2 dia telah dirasuk bersama seorang makcik jiran terdekat rumah pelajar tersebut.


Ternyata, manja telah dimasuki, dan mende 2 meminta untuk dilepaskan untuk bawa lari manja. Mende 2 suka kat manja dan ingin bersama dengan manja. Tersentak aku seketika mendengar kata2 darinya. Dengan keberanian x seberapa, aku memegang kepala manja sambil mulut mula membaca surah al-fatihah, ayat kursi dan surah 3-Kul. Ku ulang2 membacanya untuk memberi ketenangan pada hati dan untuk manja. Reaksi dari manja mengatakan panas, panas berulang2 kali. Mende 2 kemudiannya memujuk aku supaya melepaskan manja kerana dia suka manja dan ingin bersamanya. Aku menidakkan dan menyuruh mende 2 itu keluar dari jasad manja namun ia terus berdegil. Aku bertanya siapa gerangannya dan dari mana asalnya. Mende 2 itu mengatakan dia Siti, berusia 300 tahun dan berasal dari buluh kuning yang telah ditebang. Mende 2 marah semasa tebang buluh telah kena bilik dia dan masa tersebut dan telah tersua dengan manja dan terjatuh cinta padanya dan ingin bersama manja. Mende 2 terus2san memujuk aku supaya melepaskan manja dan antara helahnya berbuat gaya manja seperti perempuan, mengatakan aku hensem, mengatakan x elok berkasar dengan perempuan namun sedaya upaya aku melarang keras.


Keadaan bertambah tegang apabila salah seorang brader cuba untuk menyelasaikan masalh dengan sedikit kekasaran. Dengan ilmu persilatan yang dituntut di Indonesia, brader tersebut cuba menghalau mende 2 dari jasad manja. Sejak dari mula lagi sampai, aku memegang tangan manja sambil mulut membaca ayat2 al-quran. Pada mulanya suara manja lembut dan meniru gaya perempuan namun apabila didesak dengan brader tersebut dengan cara pengeluaran yang agresif (bahagian belakang dan depan ditekan kasar untuk memaksa mende 2 kuar dari mulut), suara garau serak menjerit2 mula dikeluarkan dan rontaan makin kuat. Aku mengeluh dan berkata x larat dh nk pegang dan mende 2 menjawab dengan suara garau xlarat lepaskan nk buat apa susah2kan diri dan aku menjawab itu pelajar aku dan aku cikgu ni, dgn sinis mende 2 menjawab byk lagi pelajar lain. Aku mula membaca semula yang al-quran dan mende 2 menjawab xpayah la baca xde kesan kat aku pun. Tersentak aku seketika dan aku x mampu untuk terus memegang tgn manja disebabkan tenaga yang makin kuat smbil brader tersebut melakukan proses pengeluaran dari bahagian dada manja. Aku terpaksa melepaskan tangan manja dan lantas manja bangun dari duduk dan mula ‘bersilat’ dgn brader tersebut. Brader tersebut melakukan jurus menyiku di belakang manja, manja mendengus keras dan kemudian masing2 berundur ke belakang. Mende 2 ketawa yang menakutkan dengan  suara garau sebelum kembali diam. Kelihatan brader tersebut x mampu untuk meneruskan pengeluaran mende 2 dan menunggu kehadiran org yang lebih arif.


Melihat keadaan sedemikian, aku teringat pesan tok awang. Aku bersama seorang pelajar menuju ke rumah tok awang dan sebelum itu singgah di kedai membeli limau nipis. Kami terus menuju ke empangan dan di pos pengawal kami sekali lagi bertemu dengan tok awang ditemani dengan rakannya. Kami memberitahu keadaan semakin teruk dan memintanya untuk datang ke sana. Namun seakan berat untuk tok awang untuk pergi dan kemudian rakannya mencelah.


“maaf kalau pakcik bercakap begini, semalam dating berubat tak bagi pengeras, maaf ye pakcik ckp cmni”, ujar beliau. Tok Awang menambah, “pengeras itu bukan nak byk nak, 2 ringgit 3 ringgit je nk sedekah kat masjid untuk berdoa byk2”..mendengar kata2 itu, timbul persoalan mungkin sebab tak bg pengeras mungkin telah melanggar pantang mengubat tok awang. Tok awang Cuma berpesan supaya membaca ayat2 dari surah itu yang pada mulanya aku ingat dan selepas itu aku lupa kerana fikiran tidak tenang. Hampa dengan apa yang berlaku, kami meminta diri dan menuju semula ke rumah manja. Sampai di sana, kelibat manja tidak kelihatan lagi di pagar. Aku terus menuju ke dalam rumah dan aku lihat manja berbaring di dalam dikelilingi pelajar2 dari Institut Tahfiz (berjiran dengan Kolej) sambil membaca surah yassin. Menurut rakan2 serumah manja, manja berjaya dibawa masuk apabila mereka membaca ayat kursi beramai2 dan dalam keadaan lemah manja dibawa masuk ke dalam rumah.


Seorang ustaz muda dari tahfiz sedang cuba mengusir mende 2 dari badan manja. Bacaan ayat al-quran dibaca dan menyuruh mende 2 tue keluar secara rela. Mende 2 masih enggan dan ustaz muda meneruskan bacaan ayat suci al-quran dan akhirnya mende 2 tue mengalah. Namun sebelum keluar mende itu berjanji akan datang kembali esok, menuntut ilmu yang lebih hebat dan akan bersama dengan rakan2 dia yang lain.

bersambung...

No comments:

Post a Comment