Tabung KKTNS

Wednesday, October 5, 2011

Bercakap Dengan Jin..Siri 1




Dah lama x update blog. Bkn tiada cerita untuk dikongsikan. Byk dugaan berlaku sepanjang bulan syawal ini. Cuma kbykan cerita biarlah ia terus menjadi rahsia.


Apa yang aku nk kongsikan ini pengalaman pertama aku menghadapi situasi seperti ini. Pernah tgk tp untuk berhadapan secara langsung inilah 1st timer nye. Pengalaman mistik, seram, pengalaman bercakap berinteraksi dengan jin.


MALAM PERTAMA

Kisah bermula di Kolej, di mana pada selasa mlm rabu, pelajar dikehendaki menghias khemah untuk sambutan hari raya pada esok harinya sempena pertandingan INOREKA. 2 org pelajar aku menebang pokok buluh sebagai untuk menghias khemah mereka. Mereka menebang buluh kuning (org cni panggil buluh gading) pada mlm tue gak. Masa mereka tebang buluh, tuan rumah dekat rumpun buluh tue berkata buluh ini ada beberapa burung bertenggek kat cni dan tuan rumah meminta izin untuk pihak mereka kepada buluh tersebut.


Mereka bwk buluh tersebut ke khemah dan nak dijadikan cerita, manja (of coz bukan nama sebenar) main buluh wat macam pedang bergurau dgn sorg lagi kwn dia. Pelajar2 terus berkemas sehingga lewat malam dan hinggalah salah seorang pelajar perempuan ternampak susuk wanita berpakaian putih berambut panjang berada di atas bangunan kolej, sebelah tangki air. Lantaran tersebut, beberapa pelajar juga ternampak susuk yang sama maka niat untuk mengemas terbantut dan mereka pun beredar untuk pulang ke rumah sewa.


Pelajar pulang ke rumah masing2 dan didapati manja tiada pulang ke rumah. Pada mulanya gerakan mencari dengan dua orang rakan serumah saje, namun akhirnya melibatkan semua dan sehingga jam 3 pagi manja tidak dijumpai. Menjelang jam 4, manja berada di rumah walhal pintu rumah dikunci dan manja tiada membawa kunci bersama. Rakan serumah bertanya di mana dia berada, dan manja menjawab dia berada di padang dan mereka berkata dah byk kali mereka mencari disana namun x pernah terjumpa pun. Manja menjawab manja Nampak mereka namun lidah kelu dan kaki tangan seolah2 tak mampu digerakkan untuk memanggil mereka. Mendengar cerita tersebut, x lena la tido kesemua mereka sehingga ke pagi.


Cerita kehilangan manja hanya aku ketahui pada petang rabu selepas tamat majlis INOREKA selepas dicerita oleh rakan sekerja. Sepanjang waktu siang itu, manja dilihat menyendiri, murung dan tidak bercakap dengan sesiapa berbeza dengan sikap beliau yang ceria dan ramah.Mendengar cerita tersebut timbul persoalan dalam hati mungkin malam ini akan timbulkah perkara yang sama.


MALAM KEDUA


Pada waktu malam, diadakan jamuan raya untuk taman perumahan ini dan manja juga dilihat hadir bersama. Namun reaksi pelik juga ditunjukkan, lebih byk mendiamkan diri dan menyendiri. Rakan serumah aku juga pensyarah kolej sempat berpesan kepada rakan2 serumah manja, jika ada apa2 berlaku hubungi beliau. Menjelang tengah mlm, pintu bilik aku diketuk, bro (rakan serumah) berkata manja dan stat meracau. Mende tue dah panggil dia malam nie dan kalau dia x pergi mende tue akan marah kat manja. Mendengar perkara tersebut, dengan pantas bersiap dan nek kete bro dan pi ke rumah manja untuk dibawa berubat.


Bersama dengan 2 rakan serumah manja, kami berkereta menuju ke rumah tok awang yang rumahnya terletak paling hujung di empangan gemencheh. Tok awang disyorkan ustazah kolej kerana diyakini mampu beriktiar untuk mengubati penyakit sebegini. Jam menghampiri 12 tengah malam dan kami meredah kepekatan malam menuju kawasan ceruk di hujung empangan. Kawasan sekeliling hutan berbukit bukau menambah lagi rasa gemuruh kami.


Smpi dirumah tok awang, kami diberitahu tok awang bertugas sebagai pengawal keselamatan di empangan gemencheh dan kemungkinan beliau berada di bahagian atas empangan (bkn di pos pengawal) pada mlm ini. Tp Alhamdulillah beliau masih di pos pengawal saat kami bertemu muka. Tok Awang berumur dalam lingkungan 70 rasa aku. Kami terus menerangkan perkara sebenar dan beliau berkata dan lewat dh untuk berubat dan masuk sudah hari berikutnya. Kemudian beliau meminta dibawa ke rumah beliau untuk mengambil air yang telah dijampi untuk diberikan kepada manja. Air tersebut hendaklah diminum dan dicampur sedikit dalam air mandian untuk memulihkan semangat. Kami kemudiannya beredar ke rumah manja dan menghantar manja pulang dan jika ada apa2 berlaku segera menghubungi aku dan rakan serumah.


bersambung.....

No comments:

Post a Comment