Tawaran Ambilan Mac 2015
Sukacita dimaklumkan, tawaran kemasukan ke Kolej Komuniti Tampin bagi Ambilan Mac 2015 telah dibuka. Butiran program adalah seperti berikut :
Tarikh Pendaftaran : 25 Februari 2015 (Rabu)
Masa Pendaftaran : 8.00 pagi hingga 5 petang
Tempat Pendaftaran : Kolej Komuniti Tampin, Gemencheh, Negeri Sembilan
Tempoh Pengajian : 20 Bulan atau 5 semester
Yuran : RM 200 / semester
Syarat : Lulus SPM
Had Umur : Tiada
Biasiswa : RM 6000 kepada yang layak
Tabung KKTNS
Tuesday, January 6, 2015
Thursday, December 15, 2011
Amali Kolam - SMK 2-3 Akuakultur
Assalammualaikum dan Selamat Tengahari..
Sebenarnya amali untuk para pelajar SMK Akuakultur telah lama berlaku pada september namun aku nk cerita gak..dalam amali ini para pelajar didedahkan dengan cara penuaian (harvest) yang betul..walaupun bukan dengan kaedah yang terbaik..
Bertempat di kolam di Alor Gajah Melaka yang telah disewa khas untuk tujuan amali..dua buah kolam telah dipilih yang mempunyai pelbagai spesis ikan air tawar seperti tilapia, keli, patin, rohu, pacu dan kap.
Tidak perlu cerita dengan panjang, lihat pada gambar yang boleh menerangkan suasana sebenar..^^,
Saturday, November 5, 2011
Ambilan Januari 2012
Asssalammualaikum wbt dan Salam 1Malaysia.
Sukacita dimaklumkan Kolej Komuniti Tampin kini membuka ambilan pelajar untuk Januari 2012 bagi Sijil Modular Kebangsaan (SMK) seperti berikut:
1. Akuakultur:
-Teknik Pembiakan Ikan (3 bulan)
-Teknik Asuhan Ikan (3 bulan)
-Teknologi Tumbesaran Ikan (6 bulan)
2. Dandanan Rambut
-Perawatan Rambut (3 bulan)
3. Terapi Kecantikan dan Spa
-Rawatan Kulit Muka (6 bulan)
-Spa Tangan & Kaki (3 bulan)
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Kolej Komuniti Tampin di talian 06-431 6029 atau datang sendiri ke Kolej Komuniti Tampin
Pemohonan perlulah secara ONLINE (e-Pengambilan):
- Pemohon perlu membeli No. PIN (No. Unik ID) di Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM 10.60 (pastikan No. PIN yang dibeli bermula dengan 16……atau 19……)
- Kemukakan permohonan melalui laman web berikut:
p/s: Perubahan dari segi tarikh ambilan. Ambilan untuk Januari akan dibuat pada hujung bulan Disember iaitu pada 27 Disember 2011 (Selasa)
Subscribe to:
Posts (Atom)